Thursday, September 11, 2008

Tazkirah di Bulan suci Ramadhan


Untuk mengisi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, my Opis mengendalikan Kursus Pengendalian Jenazah yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Kementerian Pertahanan. Sesi yang diadakan pada tiap hari Khamis bermula jam 9 pagi - 11 pagi dihadiri oleh semua kakitangan awam dan tentera -attendance is compulsory. At the end of the course, certificate will be given during valedectory. Kursus ini akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini... sehingga menjelangkan Aidil Fitri.

Setakat ini, kami telah mengikuti 2 sesi teori dan next week akan diadakan praktikal menggunakan dummy ... menyempurnakan jenazah: memandikan, mengapan, menyembahyangkan..

Dengan adanya kursus ini, barulah aku tahu banyak pantang larang dalam pengendalian jenazah.. eventhough dulu semasa Sekolah Ugama, kami belajar sambil lewa sahaja.

Dalam bab memandikan, banyak perkara yang perlu diketahui dan difahami dengan lebih terperinci... terutama dalam bab membersihkan anggota mayat.. payah jua kerja pengapai ani ah!! patutlah pahalanya setinggi bukit Uhud.. tapi kalau nda sempurna, di akhirat akan dituntut semula oleh mayat tersebut.

Semasa memandikan, kami jua diajar bagaimana untuk mewudhukan jenazah, bagaimana untuk meistinjakan.... dan banyak lagi... Dengan mempelajari perkara ini, terlintas difikiran betapa kecil diri manusia itu... dan memberikan lebih pengajaran bahawa hidup ani adalah sementara.. akhirat jua yang kekal.

Adalah menjadi hak untuk jenazah itu disempurnakan dengan penuh keikhlasan dan prihatin (supaya menjalankan proses pembersihan dikendalikan dengan penuh kasih sayang - iaitu supaya tidak sampai menyakitkan mayat).... Ingatan kepada semua yang ingin kan 'DYE" rambut dan mewarna kuku, awas-awas dalam memilih pewarna tersebut kerana ditakutkan semasa memandikan akan timbul kesukaran dalam menghilangkannya.

Yang menarik dalam kursus ini ialah... menyempurnakan Sembahyang Jenazah. Beberapa perkara baru yang dapat digarap dan dipelajari dalam sessi ini... tapi hanya mempunyai kesusahan dalam menghafal niat-niat dan doa-doa pada setiap takbir tersebut.

Next week,,,, sessi amali yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta... see you next week.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..."