Sunday, August 31, 2008

Ramalan Penglihatan Anak Bulan Ramadhan 1429

Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah SWT, Insya Allah kitani berjumpa lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Samada kitani mula berpuasa esok hari atau Hari Selasa. Wallahu Aklam.... Bulan yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam nda kira kanak-kanak, remaja, dewasa dan apatah lagi orang tua-tua.

Jemputan ke Majlis Tahlil dan Doa Arwah aka Makan-makan fully occupied di akhir-akhir bulan Syaaban ini membuatkan ku terkenang di zaman kanak-kanak dan remaja ku dengan menyambut kehadiran bulan Puasa. Happy berabis... suasana meriah... so kami yang tinggal di Kampung Setia Pahlawan Lama termasuk Kampung-Kampung lain sibuk membuat persiapan sebelum masuknya bulan puasa ani.

Kebiasaannya my family terutama mama ku sudah start membersihkan rumah dan halaman rumah .... menyuci, mengasa lantai... menyirami dapur rumah supaya dengan kebersihan ini dapat kami menjalankan ibadat puasa dengan lebih selesa... Menurut cerita orang tua-tua kami, orang dulu-dulu kalau menjelang bulan Ramadhan besdia kan mandi langgir...wow siuk jua ah... grand ah bisdia sambutan bisdia ah.

Kenangan ku di dalam puasa semasa damit-damit.... Akulah juara inda puasa. kadang-kadang belurih 2 minggu ganya. Ada lagi mengambil kesempatan tapuk-tapuk makan...... Tapi syukur sudah ku mula tarik muda kata orang, ku dapat mengerjakan sebulan penuh puasa di bulan Ramadhan... yehhhhhhh yehhhh tahniah... (nda curi-curi makan lagi...)

Talking about analissa penglibatan Anak Bulan Ramadhan bagi tahun ani... i received e-mail from my friend from Jabatan Ukor (upon my request lah jua)

ANALISA ANAK BULAN SYAABAN 1429H

29hb Rejab 1429H jatuh pada 1hb Ogos 2008. Pada tarikh ini ijtimak berlaku pada 18 jam 13 init dan matahari terbenam 18 jam 37 minit. Ini bererti umur hilal ketika matahari terbenam hanyalah 24 minit sahaja. Oleh itu, ianya tidak menepati kriteria Imkanur

Rukyah MABIMS maka bulan Rejab pada tahun ini dijadikan 30 hari dan 1hb Syaaban 1429H akan jatuh pada 3hb Ogos 2008. Wallahuaklam


ANALISA ANAK BULAN RAMADHAN 1429H

29hb Rejab 1429H jatuh pada 31hb Ogos 2008. Pada hari ini, umur hilal ketika matahari terbenam ialah 14 jam 28 minit. Mengikut statistik Jabatan, umur terendah ialah 19 jam 49 minit. Oleh yang demikian, Jabatan Ukur menjangkakan anak bulan tidak nampak dilihat pada hari tersebut. Oleh kerana umur Hilal melebihi 38 jam, maka anak bulan dijangka akan dapat dilihat dengan jelas pada 1hb September ke esokkan harinya jika cuaca mengizinkan. Wallahuaklam

ANALISA ANAK BULAN SYAWAL 1429H

1) Jika awal bulan Ramadhan jatuh pada 1hb September 2008, maka 29hb Ramadhan 1429H akan jatuh pada 29hb September 2008. Pada ketika ini, ijtimak berlaku pada 16 jam 13 minit (4.13 petang), oleh itu umur hilal matahari terbenam hanya 2 jam dari ketika ketinggian hilal adalah di bawah ufuk iaitu - 1° 51´ 50 ″. Maka Ramadhan akan dijadikan 30 hari.

2) Sebaliknya jika bulan Ramadhan jatuh pada 2hb September 2008, maka 29hb Ramadhan 1429H akan jatuh pada 30hb September 2008. Pada hari ini, umur hilal adalah sudah berusia 26 jam dengan ketinggian 7° 21´ 38 ″ ketika matahari terbenam. Dengan umur dan ketinggian yang disebutkan mengikut rekod Jabatan ini, hilal dijangka akan dapat dilihat pada petang 30hb September tersebut jika cuaca mengizinkan. Oleh itu, Syawal dijangka jatuh pada 1hb Oktober 2008.

Wallahuaklam


ANALISA ANAK BULAN ZULHIJJAH 1429H

1) Menepati ketiga-tiga kriteria Imkanur-rukyah (MABIMS) iaitu :

1. Tinggi bulan melebihi 2° atau
2. Umur bulan tidak kurang dari 8 jam atau
3. Jarak lengkung bulan-matahari melebihi 3°

Namun mengikut statistik Jabatan Ukur, umur terendah yang dapat dilihat ialah 19 jam 49
minit. Oleh itu, Jabatan ini menjangka anak bulan tidak nampak dilihat pada 28 Nobember 2008.

2) Bagaimanapun, 29hb Zulkaedah 1429H pada tahun ini adalah jatuh pada 29hb Nobember 2008. Pada hari ini, umur hilal sudah berusia 41 jam 9 minit dan ketinggian hilal pada ketika matahari terbenam 15° 21´ 25 ″. Oleh itu, 1hb Zulhijjah 1429H akan jatuh pada 30hb Oktober 2008.

Wallahuaklam

Ramadhan Karim... Alhamdullilah, Syukur kepada ALLAH SWT kerana memberikan kitani peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan ini dan Ramadhan detang...


Mudah-mudahan saja nampak petang ani.. banyak orang membuat prediction nda nampak based on the calender cina.. huh! adakah bedasarkan calender cina, biarkan tia nampak eh!!! yg dulu atu kaluk kali.