Tuesday, September 02, 2008

Himpunan Planetari 2 Sep 2008 - Bulan, Kejora, Marikh dan Utarid

Written by Shah of Falak Online dated 2nd Sept 2008

Pada petang ini, akan berlaku himpunan planetari yang agak menarik yang melibatkan 3 planet dan Bulan.

Perhatikan ke kawasan langit sekitar ufuk Barat, selepas Maghrib. Objek pertama yang saya rasa amat senang untuk dilihat ialah Bulan sabit yang berumur 3 hari (masuk malam 3 Ramadhan hari ini). <--- ani Malaysia, bukan di Brunei ah!

Pada kedudukan arah jam pukul 4 dari Bulan, Kejora akan mudah kelihatan, kerana kecerahan melampaunya!

Tetapi yang menarik ialah kehadiran Utarid di sebelah kiri dari Kejora, serta Marikh yang akan berada ke kanan dari kedudukan Bulan.

Marikh mungkin agak sukar untuk dilihat kerana ia tidak bersinar pada magnitud yang cerah, hanya sekitar magnitud 1.7 . Mungkin kena tunggu lewat sikit, sekitar jam 8 malam apabila langit pun sudah semakin gelap, maka barulah kita boleh jejak planet ini.

Jom teropong sambil berbuka puasa!