Monday, October 13, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1429/2008 anjuran Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah

Okt 13, (Hari Isnin) Bersempena Hari Raya Aidil Fitri 1429H/ 200M, Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Pada tahun ini, Yayasan mengetengahkan rakan strategik dan sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi jemputan bagi Majlis ini (iaitu kumpulan yang sehingga hari ini berganding bahu dengan Yayasan dalam mengungkayahkan beberapa rancangan kebajikan dan kemasyarakatan. Pemilihan ini adalah satu pengiktirafan Yayasan kepada sumbangan berharga mereka dalam merealisasikan rancangan-rancangan Yayasan selaras dengan tujuan dan objektifnya.

cenderamata Majlis dengan caption
"with the Compliments of His Majesty Sultan Haji Hassanal
Bolkiah of Brunei Darussalam"