Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. lantas Rasulullah s.a.w. bertemu dan bertanya kepadanya: "Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?"
Lantas sahabat tadi menjawab: "Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku."
"Apa dia?" kata Rasulullah.
"Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku."
Lantas baginda s.a.w nertanya: "Apakah kau ingin ku ajarkan satu doa, satu amalan, yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah S.W.T, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"
"Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, amalan itu ya Rasulullah."
Lantas baginda mengajarkan sepotong doa. "Wahai shabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insyallah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah S.W.T; setebalmanapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah S.W.T."
Doa itu adalah seperti berikut:
Sekian, buat renungan dan amalan kita bersama. Insyallah kita sama-sama dirahmati Allah S.W.T jua. Amin.......
