
1) Jika awal bulan Ramadhan jatuh pada 1hb September 2008, maka 29hb Ramadhan 1429H akan jatuh pada 29hb September 2008. Pada ketika ini, ijtimak berlaku pada 16 jam 13 minit (4.13 petang), oleh itu umur hilal matahari terbenam hanya 2 jam dari ketika ketinggian hilal adalah di bawah ufuk iaitu - 1° 51´ 50 ″. Maka Ramadhan akan dijadikan 30 hari.


2) Sebaliknya jika bulan Ramadhan jatuh pada 2hb September 2008, maka 29hb Ramadhan 1429H akan jatuh pada 30hb September 2008. Pada hari ini, umur hilal adalah sudah berusia 26 jam dengan ketinggian 7° 21´ 38 ″ ketika matahari terbenam. Dengan umur dan ketinggian yang disebutkan mengikut rekod Jabatan Ukur, hilal dijangka akan dapat dilihat pada petang 30hb September tersebut jika cuaca mengizinkan. Oleh itu, Syawal dijangka jatuh pada 1hb Oktober 2008. Wallahuaklam
