Tuesday, September 23, 2008

SSEAYP Memorial Day - 23 Sept 2008

Tiap 23 Sept... menjadi tarikh yang tidak lupa dalam sejarah SSEAYP kerana ditarikh inilah terjadinya kemalangan yang amat tragik berlaku di Negara Brunei Darussalam. Pada 23 Sept 2001, terjadi satu insiden yang menyayat hati dimana telah mengorbankanNational Leader dari Malaysia dan Indonesia, seorang Kakitangan Pentadbir Kapal, seorang Pegawai Kerajaan, pemandu bus dan seorang awam.

Pada tiap tanggal 23 Sept, kami kawan rapat kepada Allahyarham Awang Tambrin bin Ibrahim seorang pegawai di Jabatan Belia dan Sukan dan juga seorang yang aktif dalam alumni SSEAYP international, telah menziarahi pusara Allahyarham di tanah pekuburan orang-orang Islam dekat Persiaran Damuan di Kg Telanai.

Alhamdullilah, masih ramai sahabat-sahabat Allahyarham yang masih mengenang pemergian beliau. Allahyarham yang juga merupakan bekas peserta SSEAYP 1985 dan menjadi National Leader pada tahun 1992. Allahyarham seorang yang pendiam tapi sentiasa ceria dan suka berkawan. Telah menjadi Timbalan Yang Dipertua Persatuan BERSATU sehingga akhir hayat beliau.

"Report on the day of the accident
, Sep. 23, 2001, and after", as a case study and part of the SI effort to document lessons learnt from past activities that could contribute to future plans and activities with respect to adequate response in case of any emergencies, every alumni associations are advised to submit report and lessons learnt as agreed upon in the COP, signed by the person in charge, most probably by the president of the alumni association

Semoga roh Allahyarham tenang di tempat persemadiannya dan diterima amal ibadahnya serta diampunkan oleh Allah SWT. Amin.

AL-FATIHAH