Sunday, September 21, 2008

Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah anjuran SSEAYP International Brunei diselajurkan dgn Membaca Doa Selamat bagi SSEAYP08

Majlis ini telah diadakan pada petang ini di Perkampongan Sukan, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah Berakas. Dihadiri oleh Exco Persatuan BERSATU dan bekas-bekas peserta untuk memohon keberkatan sempena hari baik bulan baik ini. Seperti lazimnya majlis diteruskan dengan membaca doa selamat bagi memberkati pemergian rombongan kontingen negara ke rancangan kapal belia asia tenggara pada tahun ini. Projek ini adalah merupakan acara tahunan persatuan ini dalam menyemarakan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Acara ini juga merupakan kesempatan bagi bekas-bekas peserta untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman dengan bakal peserta ke rancangan kapal pada tahun ini. Alhamdulilah acara berjalan dengan lancar dan teratur berkat kesepakatan diantara ahli-ahli persatuan bersama dengan kontingen tersebut.

Tetamu Kehormat pada majlis ini tidak dapat hadir disebabkan oleh komitmen lain maka Timbalan YDP telah menjadi Tetamu Kehormat Majlis pada malam ini.

Majlis berbuka puasa diadakan diselajurkan Sembahyang Maghrib berjemaah di Surau Perkampungan Sukan dengan diimamkan oleh Haji Aduka bin Haji Abdul (bekas peserta 1997).

Apa yang menarik dalam Majlis ini, para hadirin yang hadir buka sahaja terdiri dari bekas-bekas peserta yang beragama Islam malahan yang bukan beragama Islam juga ikut menyerikan Majlis ini. Meskipun berbagai agama tetapi semangat bersatu dijiwa bekas-bekas peserta jelas nampak.

Insya Allah projek ini akan terus diadakan di masa-masa yang akan datang.