Sunday, September 28, 2008

RAMADHAN: Kehadiranmu di Sambut, Pemergianmu di Tangisi

picture: Observing Ramadan: Boston.com





Persoalan mencari makna Sembahyang Tarawih dan Witir masih belum terjawab.... ianya akan dapat difahami apabila kitani tahu inti ibadah sembahyang itu sendiri. Sembahyang adalah wadah yang membawa kitani sebagai seorang mukmin itu lebih 'dekat' kepada Tuhannya. Ia adalah tali penghubung seorang hamba secara langsung dengan Pencipta. Sembahyang itu istimewa sebab itulah perintah sembahyang diterima langsung daripada Allah SWT di dalam peristiwa Mikraj.

Selalu kitani mendengar dalam ceramah-ceramah dan daripada Ustaz bahawa Sembahyang jua menjadi penawar dan kerehatan jiwa dari segala bentuk kesusahan dan ujian yang kita lalui dalam kehidupan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman dan mintalah bantuan dengan sabar dan menunaikan sembahyang. Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang-orang yang sabar'
(Al-Baqarah: 153)

Justeru itu (ejehhhh!!!) tujuan yang kitani cari melalui sembahyang tarawih ialah kerehatan dari segi rohaniah dan kesihatan yang menyihatkan tubuh badan manusia. Rasulullah SAW mencari kerehatan melalui sembahyang. Pernah apabila Baginda hendak menunaikan sembahyang fardhu, Baginda menyebut: "Arihna ya Bilal" (rehatkanlah kami wahai Bilal dengan azanmu yang menandakan sembahyang akan didirikan).

Apa yang dicari? Allah SWT yang Penyayang menyediakan pahala yang besar kepada hamba-hambaNya yang berpuasa pada waktu siang dan sembahyang pada malam-malam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ganjaran pahala bagi orang yang menunaikan sembahyang tarawih itu adalah syurga".

Namun, selain aspek pahala, orang yang beriman sentiasa mengintai untuk mencari Cinta Allah dan redhaNya melalui puasa dan ibadah sembahyang tarawih. Adakala kitani merasakan ngaleh sekiranya sembahyang dikerjakan itu semata-mata berdasarkan hitungan pahala. Tetapi jika kitani sembahyang itu dikerjakan untuk mencari CintaNya dalam bulan yang kudus ini, sembahyang itu semakin dikerjakan semakin khusyuk, tunduk, kudus dan mengecap inti kemanisan iman yang tidak dapat dibahasakan.. tiada ada seindah bahasa...

Bah apa lagi selagi kitani masih berada di Bulan Ramadhan al-Mubarak ani jangantah lepaskan peluang ani... nantitah shopping atu. Kalau belabih duit atu transfer saja arah ku. Pintu akaun ku sentiasa terbuka.

Oopps sebelum ku terlupa, i just wanna share satu website yang menyediakan gambar-gambar indah dalam rangka kitani menghayati bulan suci ramadhan, kalau free sila layari http://www.boston.com/bigpicture/2008/09/observing_ramadan.html

Ramadhan Kareem... Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. Bulan Kerinduan