Hari ini 24 Rejab 1429 dan tinggal beberapa hari saja kita akan melangkah ke bulan Sya'ban. Mengambil berkat pada bulan Rejab, marilah kita mengetahui beberapa kelebihan yang ada pada bulan ini.
Bulan Rejab adalah bulan ke tujuh daripada tahun Qamariah. Dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliyah. Dalam bulan inilah Rasulullah S.A.W di Isra Mi'rajkan oleh Allah S.W.T.
Umat Islam digalakan untuk beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah banyak memberikan bonus pahala kepada yang mengerjakan ibadat kepadaNya.
Berpuasa di bulan Rejab mempunyai banyak kelebihan diantaranya:

- Berpuasa 1 hari, mendapat keredhaan dari Allah SWT.
- Berpuasa 2 hari, mendapat kemulian di sisi Allah SWT.
- Berpuasa 3 hari, akan diselamatkan oleh Allah SWT dari bahaya dunia dan akhirat dan akan diselamatkan dari penyakit gila, fitnah syaitan dan Dajjal.
- Berpuasa 7 hari, ditutup 7 pintu neraka.
- Berpuasa 8 hari, akan dibuka 8 pintu syurga.
- Berpuasa 10 hari akan makbul permintaannya.
- Berpuasa 15 hari, Allah memadam dosa-dosanya yang telah lalu dan menganti semua kejahatan dengan kebaikan.
Dipetik dari buku Bulan-Bulan yang Mempunyai Kelebihan oleh Ainul Bashar
Note:
After Rejab, Bulan Sya'ban.. i will post Kelebihan yang terdapat Bulan Sya'ban sehari sebelum ia menjelang.. :)