Bulan Sya'ban akan menjelang tidak lama lagi hanya tinggal 2jam 33 minit dari masa ku mempost text ini. Untuk info kita bersama berikut dinyatakan kelebihan yang ada di dalam bulan Syaaban ( dipetik dari Buku Bulan-Bulan yang mempunyai kelebihan).
Sya'ban adalah bulan ke 8 dari tahun Qamariah yang bilangan harinya 29 hari. Sya'ban ertinya bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan itu bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air.
Sebab dikatakan bulan Sya'ban pula kerana pada bulan tersebut sangat banyak amal kebajikan yang dapat diperolehi oleh orang-orang yang mengambil berat dan mengambil kesempatan beramal di dalamnya.
Ada pula yang memberi erti bulan Sya'ban dengan menghurai huruf demi huruf. Menurut mereka:

- Syin adalah 'syarafun wa syafa'un' ertinya adalah kemuliaan dan pertolongan.
- Ain adalah 'izzatun wa karamatun' ertinya adalah keperkasaan dan keutamaan.
- Ba' adalah 'birrun' ertinya kebaikan.
- Alif kepanjangan dari 'ulfatun, ertinya rasa kasih sayang.
- Nun berasal daripada 'nurun' ertinya cahaya.
Bulan Sya'ban adalah pintu terakhir untuk memasuki bulan Ramadhan, setelah sukses pada pintu pertama iaitu Rejab.
Bulan Rejab adalah kesempatan untuk membersihkan badan, bulan Sya'ban adalah kesempatan untuk membersihkan hati dan pada bulan Ramadah adalah kesempatan untuk membersihkan jiwa. Orang yang terlah membersihkan badannya di bulan Rejab, sudah seharusnya ia membersihkan hatinya di bulan Sya'ban.
Barangsiapa yang telah membersihkan hatinya di bulan Sya'ban sudah sewajarnya ia membersihkan jiwanya di bulan Ramadhan. Jika seseorang tidak membersihkan hatinya di bulan Sya'ban, maka bagaimanakah ia dapa membersihkan jiwanya di bulan Ramadhan?