Sunday, July 27, 2008

Sakaratulmaut, Alam Barzakh, Padang Mahsyar & Kehidupan Akhirat

Buku "Sakarakatulmaut, Alam Barzakh, Padang Mahsyar dan Kehidupan Akhirat" tulisan Muhammad Ibrahim Al-Jamal dan terjemahan oleh Ummu Nourul Husna adalah memaparkan persoalan tentang roh, tanda-tanda hampirnya ajal, pengalaman Alam Barzakh, Tanda-tanda kiamat, dan kehidupan Penghuni Syurga dan Neraka.

Buku ini telah dihadiahkan oleh Padamit Bungsu.. (Haji Bungsu bin Randah) pada 5 Mei 2008.

Diantara isi kandungannya ialah:
  • Kehidupan sebelum mati iaitu persiapan menghadapi kematian, pengamalan Islam, taubat.
  • Sakaratul Maut - apakah penciptaan roh lebih dahulu berbanding penciptaan jasad atau sebaliknya
  • Kematian itu mempunyai sakarat (kesulitan), Naza', sifat Malaikat Maut.
  • Azab Kubur dan kenikmatannya - himpitan kubur, petanyaan Dua Malaikat
  • Hari Kiamat ... tanda-tanda Kiamat, Kiamat dan kengeriannya.
  • Kehidupan Penghuni Neraka
  • Kehidupan Penghuni Syurga
Buku ini mengandungi 332 muka surat dan berkulit tebal.

Note:
Belum dibaca tapi disimpan untuk bahan bacaan semasa menanti Sungkai di bulan Ramadhan nanti.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.